Pages

Tuesday, March 11, 2014

Diam



Terlalu banyak berkata2 lebih byk yg buruk dari yang baik... Lebih baik diam dr terus menyakiti hati org lain... Menabur fitnah itu lebih buruk dr membunuh.. Jadikan apa yg berlaku disekitar kita sbg pngajaran.. sama2lah kita muhasabah diri... xda yg sempurna dlm hidup ini... Kehidupan kita pon bukan utk selama2nya... Tiba ms kita semua akan pergi... Jdla insan yg sabar dan bertoleransi antara satu sm lain.. Cuba menilai setiap pendapat dan pandangan samada baik atau buruk dan bukan terus menerima tanpa berfikir…  Berfikirlah menggunakan akal dan jangan biarkan nafsu yg menguasai akal kita…

Thursday, April 18, 2013

Ombak Rindu..


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Thursday, October 11, 2012

Anak2ku..

Sekejap je masa berlalu... pejam celik anak2ku da semakin membesar dgn mcm2 perangainya... Alhamdulillah aku bersyukur dgn kurniaanmu Ya Allah... Semoga anak2ku membesar dgn sihat dan menjadi insan yang berilmu, beramal dan bertakwa. Moga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah...
Melihatkan gelagat mereka berdua membuatkan aku senyum sorang2 kt opis ni...hahaha....Muizz oh Muizz... Marissa oh Marissa... Ibu sentiasa tergelak bila teringat telatah korang dua beradik... Adoyai... mcm2...:)
Pagi td tergelak ibu bila ayah cter psl Muizz ptg semalam kt umah Ibu Yah dia.. Muizz...Muizz nk marah pon x sampai hati... Kamulah pengikat kasih Ibu dan Ayah....

Citer pasal si adik plak lagila...huhu budak tecit tu lgla byk akalnyer... lg ligat bila dibandingkan dgn abgnyer...Rajin mengemas plak tu... pantang pintu toilet terbuka mmg dia akan masuk je tanpa mengira bahaya... Marissa ooo Marissa... kalo kne marah wat muka selamba je... lg dia buat lawak dpn kita...huhu anak2ku yg semakin membesar ni... Keletah korang membuatkan Ibu ngan Ayah sentiasa merindui kalian berdua.... Love u sayangku Muizz dan Marissa..:)

Thursday, September 15, 2011

Puteriku... Izz Zara Marissa

Izz Zara Marissa Binti Mohd Nazeri - ازز زاره ماريسه
DOB : 1 Ogos 2011 / Isnin
2.56pm, 2.7kg
Hospital Sultan Ismail, JB

Da lm tak update blog ni... Alhamdulillah pada 1 Ramadhan yang lalu kami dikurniakan seorang puteri yang comel...Izz Zara Marissa nama yang ku beri... moga puteriku ini seindah namanya...kekuatan/puteri/seorg yg bersopan santun...Insyaallah... Sengaja aku letakkan 'Izz' pada awlan namanya... Aku mahu ank ini kuat utk mengharungi segala ujian dan dugaan yang akan dtg... Terlalu byk dugaan dan ujian yg kulalui sepanjang mengandungkan marissa dan sehinggala kelahirannya... Ku anggap semua dugaan ini satu ujian dari Allah untuk menguji sejauh mn kekuatan hambanya melalui kehidupan ini... Apapun aku bersyukur krn dikurniakan seorang puteri yang comel sebagai pelengkap kehidupan kami.. Semoga putera dan puteriku menjadi anak2 yang soleh...berilmu, beriman dan beramal.. dan sentiasa mendoakanku pabila aku da tiada lagi di dunia ini kelak...Insyaallah.
Kehidupanku kini hanya untuk anak2 ku... Muhammad Muizz dan Izz zara Marissa... Merekala yg membuatkanku bersemangat utk terus hidup... Cinta dan kasih sygku hanyalah utk mereka... Mereka lahir hasil cintaku pada suamiku...
Ku tahu xda yg sempurna dlm dunia ini... begitu juga dgn kehidupan berumahtangga...Ada psg surutnya... Aku redha dgn apa yg berlaku dan aku hrp perkahwinan ini dpt kami pertahankan selagi ada hayatku... Aku mahu anak2 ku membesar dihadapan mata ibu dan ayahnya... Aku mahu kami sama2 mendidik mereka menjadi anak2 yg soleh dan solehah...

Friday, April 1, 2011

Mengemis Rindu

Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dihati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

Dugaan Hidup

Berat sungguh hati ni nk meluahkan apa yg terpendam... tp blog ini ibarat diari hatiku cuma x semua ku lontarkan di sini... Mungkin hakikat ini sudah sampai untuk ku terima segalanya dengan redha... Seandainya dia sudah tiada perasaan dan hati untukku untuk apa aku terus menahannya... Biarlah dia dgn kehidupan barunya yg lebih bebas, tanpa kongkongan, tanpa org mengingatkan dan menyedarkan dan tnpa pikirkan kewajipan dan tanggungjawabnya... Biarlah aku muhasabah diri ini.... Mungkin inilah dugaan dan perjalanan hidupku... Dan aku bersyukur krn pernah menikmati kehidupan ini suatu waktu dulu dan kini aku bakal dikurniakan seorang lg zuriat sbg tunggak kekuatanku untuk teruskan hidup ini... Aku percaya Allah xkan menguji hambanya kalau hambanya itu tidak mampu... Allah mengujiku sbb dia sygkan aku... Dia nak aku sentiasa mendekatkan diri padanya... Ya Allah... ampunkanlah Hambamu ini Ya Allah... Selama ini aku banyak leka dan lalai melaksanakan perintah dan tanggungjawabmu... Berikanlah Aku kekuatan dan jalan agar aku terus sujud padaMu Ya Allah... Aku takkan menyesal kalau inila takdir yg dituliskan untukku... Tp Ku mohon padaMu Ya allah janganlah anak2 ku mengikuti segala sifat buruk ibu dan Ayahnya... Jadikanlah anak2 ku anak yg soleh yg akan memimpin kami bersama2 ke syurgamu... Semoga aku dan anak2 diperteguhkan iman untuk menjadi hambamu yg soleh...Insyaallah...
Harapan ku kini cuma satu... seandainya jodoh dan ikatan ini masih pjg... Ku mohon padamu Ya Allah sedarkan dia... Kembalikan dia kepadaku sebagai seorang suami yg lebih bertanggungjawab, penuh kasih syg, teguh imannya serta dapat membimbingku dan ank2 ke jln yg lbih baik... dan ku mohon kali ini dia betul2 berubah dan tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi... Tundukkan egonya agar dia dapat menerima pendapat dan nasihat org lain... Merendah diri bkn satu sifat yg hina tp ia lbh mulia dari kita terlalu meninggi diri... Jauhkanlah dia dari sifat2 bongkak...
Seandainya dia membaca segala luahan hati ini ku mohon dia sedarlah segala apa yg ku buat selama ini krn aku terlalu sayangkan dia... tetapi seandainya dia telah membuangku jauh dari hatinya xda apa yg perlu ku pertahankan lagi melainkan merelakan... Aku rasa kini aku pun da semakin pulih... Aku da semakin bersedia untuk menghadapinya... Insyaallah aku akan besarkan anak2 menjadi ank2 yg soleh dan berilmu... Semoga mereka berjaya dari segi rohani dan jasmani.. duniawi dan ukhrawi... Sesungguhnya ilmu itu penting supaya kita tidak akan bertindak mengikut nafsu... Dengan ilmu kita bole berfikir menggunakan akal fikiran yg waras... Insyaallah selamat hidup kita dunia dan akhirat... Aku banyak memikirkan wasiat dan kata2 terakhir arwah abahku... Walau aku x sempat bertemu tp aku tau knp dia terlalu ptgkan ilmu...
Abah... terima kasih kerana mendoakan anak2 mu menjadi org yg berilmu... Alhamdulillah kami berjaya tunaikan impian abah cuma kegagalan saya dalam rumahtangga ini suatu takdir yg x bole nk dielakkan... Sy sudah berusaha yg terbaik...merendahkan diri sampai menjadi pengemis tp tdk mampu nnk tolak takdir yg tertulis ini... Apapun ku mohon padaMu Ya allah semoga dipermudahkan segala urusanku, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman utk terus menghadapi segala ujian dan dugaan dari mu...Amin....

Saturday, March 26, 2011

Tenangkan hati...

Hari ni ingat nak g tenangkan hati dan merehatkan minda...tp x tau nk ke mana...
Ingin mencari jawapan atas setiap persoalan tp x tahu di mana hendak bermula...
Hati ni terlalu banyak sangat memendam tp x tau bila hendak dilontarkan...
Mungkinkah ianya seperti tsunami yg tiba2 je akan meletupkan laharnya...
Ingin mencari penyelesaian atas setiap permasalahan tp adakah ia mendtgkan kebaikan atau sebaliknya...
Sanggupkah aku mengambil risiko tersebut dgn bersikap selfish atau bekorban demi insan2 yg aku sayangi....
Adakah ini takdir hidupku untuk selamanya atau ada kebaikannya di masa hadapan...
Aduhai peningnya kepala ini memikirkan urusan dunia ini... Tp selagi nyawa ini masih di badan situasinya ttp akan sama... Sampai bilakah semua ini akan berubah...
Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk menempuh semua dugaan ini...
Ampunkan aku krn sukar untuk menerima Amanahmu yg satu ini pd awalnya...
Tp aku akan berusaha untuk menjaganya sehingga ia mengenal dunia ini...
Kini aku redha dgn kehadirannya... Walau aku x bersedia ku cuba gagahkan diri menerimanya... Bantula aku Ya Allah... Aku hanya hambamu yg terlalu lemah untuk melawan setiap ujian Mu...
Mungkin kini emosiku x stabil... Aku lelah sebenarnya... Setiap nafasku rasakan semakin pantas dan dadaku juga semakin kencang berdegup... Kdg2 ku rasakan bilakah ianya akan berhenti... Ish x elok sbnrnya kan... Bunyi seakan org yg sudah berputus asa untuk hidup... Astagfigrullah...

Thursday, February 17, 2011

Checkup

Hari ni kene g checkup ngan doktor plak coz 2 minggu lps ms g 1st checkup nurse kata ada ketulan pada breast... Tp hr ni doktor x check pon breast... Yg doktor check baby... Bila scan baby doktor kata baby kecik...hish ntahla semalam aku baru je g klinik swasta scan baby...so far doktor kata baby ok membesar dgn sihat...dan EDD aku pon lbh kurang je ngan EDD last period... mmm terpaksala aku kne g checkup baby utk pastikan yg babyku ini membesar dgn sihat...
Xpela walau terpaksa ulang alik ke klinik yg ptg baby sihat kan... Rasa cam x sabar nk tunggu baby ni kuar...hahaha....
Muizz pon da semakin paham yg dia akan jadi abang... Kadang pelik gak tgk dia bila diberitahu yg dlm perut ibu ni ada baby... Dia senyum2 simpul...pastu bila suh sayang baby dia pon cium perut ibu...aduhai bijaknyer anak ibu...walau usianya masih muda...baru sethn 4 bln... Muizz walau ibu ada anak lagi ibu ttp sygkan Muizz... Muizz adalah penawar hati ibu... Ibu doakan Muizz menjadi anak yg soleh yg bole memimpin adik2 ye syg...
Powered by Blogger.